THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

WELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 31 October 2011

Membangkit Kepercayaan Diri~

 
Tak dapat dinafikan kita semua pasti pernah mengalami rasa tak percaya diri sesekali waktu. Adakalanya agak sulit untuk membangkitkan kembali rasa percaya diri itu sewaktu kita sedang menginginkan. Sebenarnya ada latihan sederhana yang dapat dilakukan untuk mendapatkan rasa percaya diri korang agar kembali ke asalnya secepat mungkin saat diperlukan. 

1. Perhatikan Postur Tubuh - Mungkin kedengarannya ini tak memiliki hubungan dengan rasa percaya diri yang kita, tetapi sebenarnya bagaimana sikap duduk atau berdiri korang, komunikasi tertentu pada orang-orang yang ada di sekekliling korang. Jika komunikasi tersebut menimbulkan
rasa percaya diri, korang akan mendapatkan tanggapan positif dari orang lain dan tentu saja ini akan meningkatkan rasa percaya diri korang sendiri. Jadi perhatikan sikap duduk dan berdiri untuk menunjukkan korang memiliki rasa percaya diri.

2. Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Memiliki Rasa Percaya Diri Dan Berpikiran Positif - Jika korang terus menerus bergaul dengan orang yang memiliki rasa rendah diri, pengeluh dan putus asa, seberapa besarpun percaya diri yang korang miliki, perlahan tapi pasti akan pudar dan terseret mengikuti pergaulan korang. Sebaliknya, jika korang dikelilingi orang-orang yang penuh kebahagiaan dan percaya diri, maka akan tercipta pula perasaan positif yang membawa keuntungan bagi diri korang.

3. Ingat Kembali Saat Korang Percaya Diri Sendiri - Percaya diri adalah sebuah perasaan, dan jika korang pernah merasakannya sekali, tak mustahil untuk merasakannya lagi. Mengingat kembali pada saat dimana korang merasa percaya diri dan terdorong akan membuat korang mengalami lagi perasaan itu dan membantu meletakan perasaan rasa percaya diri itu dalam pikiran.

4. Latihan - bilapun korang ingin merasakan rasa percaya diri, kuncinya adalah latihan sekerap mungkin. Bahkan korang dapat membawanya dalam tidur. Dengan kemampuan yang terlatih, korang tak akan sulit menampilkan rasa percaya diri bilapun korang mahukan.

5. Kenali Diri Sendiri - Fikirkan segala hal tentang apa yang korang sukai berkenaan dengan diri sendiri dan segala yang korang tahu dapat lakukan dengan baik. Jika korang kesulitan melakukan ini, ingat tentang pujian yang korang dapat dari orang-orang - Apa yang mereka katakan - korang melakukannya dengan baik? Sebuah gagasan bagus untuk menuliskan semua ini, hingga korang boleh melihatnya lagi untuk mengibarkan rasa percaya diri bilapun korang mahukan inspirasi.

6. Jangan Terlalu Keras Pada Diri Sendiri - Jangan terlalu mengkritik diri sendiri, jadilah sahabat terbaik bagi diri korang. Namun, saat seorang teman sedang melalui masa sulit, korang tak mahu terlibat dalam masalahnya hingga mengguris emosi korang sendiri kan? Tentu saja korang tak mahu. Komunikasi yang positif dapat berubah jadi senjata terbaik untuk menaikan rasa percaya diri, jadi pastikan korang menanam kebiasaan ini, jangan biarkan permasalahan orang lain membuat korang jadi terpuruk.

7. Jangan Takut Mengambil Risiko - Jika korang seorang pengambil risiko, korang pasti akan temukan kalau tindakan ini mampu membuahkan rasa percaya diri. Tak ada yang lebih bermanfaat dalam membangkitkan rasa percaya diri dengan mendorong diri sendiri keluar dari zon selesa. Selain itu, tindakan ini juga berfungsi bagus untuk mengurangi rasa takut korang akan hal-hal yang tak korang ketahui, tambahan boleh menjadi pembangkit rasa percaya diri yang luar biasa.

Lebih dari segalanya, selalu ingatlah bahwa korang memiliki bakat dan kemampuan. Pastikan korang selalu melakukan yang terbaik untuk semua itu dan inilah yang akan jadi batu loncatan terbaik untuk membangkitkan rasa percaya diri yang tak tergoyah lagi.

Salam~

Think Positive~


::MOTIVATE ROOM::
  1. CINTA YANG DIMUNGKIRI
  2. PEKERJAAN YANG TIDAK MENENTU
  3. KEWANGAN MERUNDUM
  4. KONFLIK KEKELUARGAAN 
  5. PERSEKITARAN YANG NEGATIF
masalah utama yang dihadapi dikalangan masyarakat Malaysia..
Punca kepada sesuatu masalah adalah kesan
daripada pemikiran yang negatif di mana korang
yakin korang tidak mampu untuk selesaikan masalah
tersebut tanpa berusaha untuk menyelesaikannya.
korang memerlukan sesuatu dan perkara
yang mungkin korang fikirkan korang tidak mampu untuk
mendapatkannya sedangkan korang belum berusaha untuk memperolehinya.
Perkara yang sepatutnya korang lakukan adalah berfikiran positif 
di mana korang tetapkan di dalam minda korang untuk mendapatkan 
sesuatu yang korang inginkan. 
Halangan ada di mana-mana sahaja. 
Tetapi masih ada sesuatu yang boleh membantu korang
untuk mencapai dan menghadapi halangan tersebut dengan cara terbaik.

Jangan terlalu menjadikan masalah adalah sesuatu yang terlalu besar di dalam hidup korang yang mampu merosakkan segalanya. Jika korang tidak mampu untuk menghadapi sesuatu perkara yang korang tidak mampu lakukan, abaikan ia kerana ia boleh menjadi
penyumbang kepada kegagalan korang.
Jika korang mampu untuk melakukan perkara tersebut, rebutlah peluang untuk mendapatkannya menggunakan cara dan kaedah korang sendiri kerana cara tersendiri mudah untuk di buat perubahan untuk jangka masa pendek dan panjang.
Jika korang telah menghadapi sesuatu kegagalan di dalam sesuatu perkara, fikirkan ia secara positif kerana berfikiran positif dapat membantu korang untuk lebih maju. Jika sesuatu perkara telah berlaku, anggap ia sebagai perkara yang perlu korang baiki untuk menjadikan ianya lebih sempurna dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Konsep adalah sama iaitu sentiasa berfikiran positif yang menjadi ubat kepada KEJAYAAN.
Semoga berjaya menyelesaikan segala masalah dengan berfikiran POSITIF!


 Petua Kejayaan:
1. SETIAP INSAN YANG HIDUP MEMPUNYAI  MASALAH
Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. SETIAP MASALAH MEMPUNYAI JANGKA MASA YANG TERHAD
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
3. SETIAP MASALAH HARUS MEMPUNYAI PENGARUH POSITIF
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4.  KORANG BOLEH BUAT PILIHAN UNTUK MENGAWAL MASALAH
Masalah boleh membuat korang lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat korang hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri korang.
5. SETIAP MASALAH MEMPUNYAI TINDAK BALAS YANG NEGATIF DAN POSITIF
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama.
Pendek kata “Sekiranya korang tidak dapat selesaikan masalah, maka korang harus mengendalikannya”.


 JUMPA LAGI~


Sunday 30 October 2011

Menghargai~


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Saturday 29 October 2011

curang atau dipermainkan~

::Motivate Room::
tajuk yg aq nk bincangkan nie adalah
masalah yang hangat yg dihadapi dikalangan remaja ble seronok bercinta..
bler bercinta, akhirnya clash..
dari itu timbul la isu sang kekasih curang la,
rse dipermainkan...
dlm masalah ini sering berlaku pada pihak wanita yg sering dikecewakan..
btol???
erti kate laen si Boy yg curang...
sebenarnya, kte nie kne taw akan pemilihan kte terhadap pasangan kte,
  1. boy yg susah nk lafaz kate cinta
  2. boy yg susah nk balas msg or call
  3. boy yg byk ucap kate cinta tp jarang msg
  4. boy yg xpena serius dlm perhubungan 
  5. boy yg byk alasan
kt atas nie adalah antara ciri kecurangan boy korang...
maksud sebenarnya ialah si Boy xpena puas ngan satu girl..
dpt num girl laen kasi lyn,
tp si GF mnunggu Si Boy msg......
bler da clash, si GF kate si Boy ni ske maen2 kan girl...
silap nye pemikiran si GF disana ialah
Boy xsumenya same seperti girl ckp xsume girl same...
so Boy n Girl xde byk beza...
cube korang pikir, Boy memg susah nk lentur tp girl bley..
jgn ckp boy bley maen kan girl xkan girl xbley wat blek...
SALAH!!!!!
bagi aq, cbe korang bayangkan korang nk permainkan perasaan
pasangan korang, dlm erti kate laen BALAS DENDAM
selepas clash ngn Boy/Girl korang..
tp korang xpikir ke yg korang pn da sme ngn Boy/Girl yg pena permaenkan korang??
knp korang nk jd kan orang laen sebagai mangse korang sedangkan pasangan korang
ni xpena saketkan atie korang?
kamu xrse ke couple korang yg baru nie btol2 setia??
knp nk saketkan atie org semate-mate tuk
Balas Dendam...
xperlu sume 2, kte yg salah pilih..
sepatutnya kte da selidik sume, kte yg pilih..
kalu korang nk taw, couple korang yg pertame adalah pilihan yg tepat..
tetapi hubungan yg xdijage pasti akan berakhir..
dalam masalah Curang atau Dipermainkan
kte xbley salah pasangan kte,
tp tye la diri kte...

coz pilihan kte yg mnyatukan kte ngan si DIA...
renungkan ye....
aq akan sambung ngn tajuk yg laen kelak....!~

::INFO::
Putus cinta memang menyakitkan, tapi cubalah untuk tidak terjebak dalam kesedihan berlarutan  , ada sembilan cara yang boleh dilakukan untuk meredakan sakit hati setelah putus cinta:
1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.
2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.
3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar  juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.
4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.
5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.
6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.
 

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, abang mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.
8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.
9. Nikmati Hidup sendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk jangka masa lama. Jangan terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda.


Friday 28 October 2011

Penangan Cinta Pertama~

sebelum aq entry ke Motivate Room,
aq nk share kisah cinta pertama aq...
cinta pertame de most important thing yg susah kte nk lpe kan..
btol x????
bg aq cinta pertame aq telah pun berakhir dulu....
dlm episod cinta aq nie xde sape pn patut dipersalahkan...
nie la nmenye takdir dari yg ilahi..
percayalah!!!
cinta aq n Si DIA, bley dikatakan lme terjalin...
dulu aq rse aq adalah tuk dye n xkan berpisah,
korang pun ad pikir mcm 2 gak kan.???
tp akhirnya berakhir ngn perpisahan.....
sebenarnya, 2 normal dlm kehidupan kte,
kte xbley mntak bende yg xpasti tuk kte, sbb kte bkn Maha Pencipta..
bg aq, cinta pertama aq amat lme..
byk pahit maung antara aq n Si DIA telah lalui,
suka duka selalu dihadapi...
aq pernah sakit sebab cinta pertama,
itulah Penangan Cinta Pertama...
wahhhh~
tp 2 sume dlu, selepas cinta aq n Si DIA berakhir,
aq memerlukan selama dua tahun tuk pulihkan semangat aq.
cinta pertame memg susah tuk dilupai,
syg 2 pasti ad sampai bler2 pn....
2 sudah pasti...
since 2009 aq n Si DIA berakhirkan cinta itu...
kini hampir seluruh semangat aq pulih, walaupun kadang2 jatuh juga tp 2 bkn penghalang..
kenangan cinta pertame diingati tp bkn utk diungkiti....

okey la, jmpe lg..
kite akan jmpe lg dlm Motivate ROOM..

RibaiBaru~


arie nie, aq bangkit dari kejatuhan..setelah kian lame dirundum masalah,
dan dibelenggu dalam kehidupan diri sendiri..
aq xpena cte masalah aq, aq sendiri atasi..
terlalu byk yg bermain di pikiran aq saat ini, sume diluar jangkauan aq.....
okey, sekarang nie aq nk buat 1 motivate room dlm blog aq..
ap pn persoalan yg membelenggu diri all de reader,
bley diadaptasi di blogger nie atau keudara kan persoalan korang pada aq..
insyaallah aq akan bg jwpan yg pasti...

~cinta~
nie adalah isu yg makin hebat dikalangan remaja dan era ini...
terdapat 1001 masalah yg menjadi igauan...
cinta ini ad 2:-
cinta abadi n cinta mati
aq rungkai cinta abadi arie nie..
  1. janji ditepati
  2. kejujuran
  3. keagamaan
  4. tolak ansur
  5. kesetiaan
  6. kepercayaan
setiap pasangan mesti ad ciri2 nie, tp syg pasangan gak ad 2 ciri...
setiap kate cinta yg diucapkan xsemestinya jujur,
begitu byk jnji pasti tidak akn ditepati,
percaya lah ank mude sekarang, kalu kte ditinggal xbermakne kite telah dikecewakan..
tp itu adalah kebaikan..
sebenarnya percaye la pada tuhan bahawa, pasangan kte tidak jujur..
kite telah pun dipasangan kan dengan yg sepatutnya,
jgn la rse ditinggalkan itu saket tp itulah permulaan utk sesuatu kebaikan..
percaya lah, ini lah kenyataan...

akan disambung~~

Thursday 27 October 2011

'Kau yang terbaek'

Muhd Najiy Afiq Din B. Ali
itulah nama allahyarham yg msih diingati...
saat riang gembira, suka duka bersame sejak dibangku sekolah.
malangnya, di usia muda ini, masa untuk bertemu Illahi..
seribu kenangan telah ditinggalkan, ketabahan armarhum telah dibuktikan..
meskipun sakit, masih lagi tergelak dan membawa keceriaan bersame keluarge..
kini, penderitaan yg ditahan dan dialami, diakhiri dengan redha..
smoge Allahyarham ditempat dengan orang yang beriman..
Perwatakan Allahyarham:
~periang
~funny
~hepi
~tabah
~kuat
~tidak pernah bersungut...
Al-Fatihah~~
19/02/1993-27/10/2011
khamis malam jumaat
sakit leukimia, ketumbuhan diotak, tulang belakang..

suatu saat yg akan kembali

all follower n de reader, nantikan cite aq mngenai saat indah bersame kawan terbaek aq n kebangkitan semangat untuk buku baru~~~ 

##soon##

My Great Web page

Song~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wanna be