THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

WELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 29 October 2011

curang atau dipermainkan~

::Motivate Room::
tajuk yg aq nk bincangkan nie adalah
masalah yang hangat yg dihadapi dikalangan remaja ble seronok bercinta..
bler bercinta, akhirnya clash..
dari itu timbul la isu sang kekasih curang la,
rse dipermainkan...
dlm masalah ini sering berlaku pada pihak wanita yg sering dikecewakan..
btol???
erti kate laen si Boy yg curang...
sebenarnya, kte nie kne taw akan pemilihan kte terhadap pasangan kte,
  1. boy yg susah nk lafaz kate cinta
  2. boy yg susah nk balas msg or call
  3. boy yg byk ucap kate cinta tp jarang msg
  4. boy yg xpena serius dlm perhubungan 
  5. boy yg byk alasan
kt atas nie adalah antara ciri kecurangan boy korang...
maksud sebenarnya ialah si Boy xpena puas ngan satu girl..
dpt num girl laen kasi lyn,
tp si GF mnunggu Si Boy msg......
bler da clash, si GF kate si Boy ni ske maen2 kan girl...
silap nye pemikiran si GF disana ialah
Boy xsumenya same seperti girl ckp xsume girl same...
so Boy n Girl xde byk beza...
cube korang pikir, Boy memg susah nk lentur tp girl bley..
jgn ckp boy bley maen kan girl xkan girl xbley wat blek...
SALAH!!!!!
bagi aq, cbe korang bayangkan korang nk permainkan perasaan
pasangan korang, dlm erti kate laen BALAS DENDAM
selepas clash ngn Boy/Girl korang..
tp korang xpikir ke yg korang pn da sme ngn Boy/Girl yg pena permaenkan korang??
knp korang nk jd kan orang laen sebagai mangse korang sedangkan pasangan korang
ni xpena saketkan atie korang?
kamu xrse ke couple korang yg baru nie btol2 setia??
knp nk saketkan atie org semate-mate tuk
Balas Dendam...
xperlu sume 2, kte yg salah pilih..
sepatutnya kte da selidik sume, kte yg pilih..
kalu korang nk taw, couple korang yg pertame adalah pilihan yg tepat..
tetapi hubungan yg xdijage pasti akan berakhir..
dalam masalah Curang atau Dipermainkan
kte xbley salah pasangan kte,
tp tye la diri kte...

coz pilihan kte yg mnyatukan kte ngan si DIA...
renungkan ye....
aq akan sambung ngn tajuk yg laen kelak....!~

::INFO::
Putus cinta memang menyakitkan, tapi cubalah untuk tidak terjebak dalam kesedihan berlarutan  , ada sembilan cara yang boleh dilakukan untuk meredakan sakit hati setelah putus cinta:
1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.
2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.
3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar  juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.
4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.
5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.
6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.
 

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, abang mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.
8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.
9. Nikmati Hidup sendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk jangka masa lama. Jangan terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda.


My Great Web page

Song~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wanna be