THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

WELCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 31 October 2011

Think Positive~


::MOTIVATE ROOM::
  1. CINTA YANG DIMUNGKIRI
  2. PEKERJAAN YANG TIDAK MENENTU
  3. KEWANGAN MERUNDUM
  4. KONFLIK KEKELUARGAAN 
  5. PERSEKITARAN YANG NEGATIF
masalah utama yang dihadapi dikalangan masyarakat Malaysia..
Punca kepada sesuatu masalah adalah kesan
daripada pemikiran yang negatif di mana korang
yakin korang tidak mampu untuk selesaikan masalah
tersebut tanpa berusaha untuk menyelesaikannya.
korang memerlukan sesuatu dan perkara
yang mungkin korang fikirkan korang tidak mampu untuk
mendapatkannya sedangkan korang belum berusaha untuk memperolehinya.
Perkara yang sepatutnya korang lakukan adalah berfikiran positif 
di mana korang tetapkan di dalam minda korang untuk mendapatkan 
sesuatu yang korang inginkan. 
Halangan ada di mana-mana sahaja. 
Tetapi masih ada sesuatu yang boleh membantu korang
untuk mencapai dan menghadapi halangan tersebut dengan cara terbaik.

Jangan terlalu menjadikan masalah adalah sesuatu yang terlalu besar di dalam hidup korang yang mampu merosakkan segalanya. Jika korang tidak mampu untuk menghadapi sesuatu perkara yang korang tidak mampu lakukan, abaikan ia kerana ia boleh menjadi
penyumbang kepada kegagalan korang.
Jika korang mampu untuk melakukan perkara tersebut, rebutlah peluang untuk mendapatkannya menggunakan cara dan kaedah korang sendiri kerana cara tersendiri mudah untuk di buat perubahan untuk jangka masa pendek dan panjang.
Jika korang telah menghadapi sesuatu kegagalan di dalam sesuatu perkara, fikirkan ia secara positif kerana berfikiran positif dapat membantu korang untuk lebih maju. Jika sesuatu perkara telah berlaku, anggap ia sebagai perkara yang perlu korang baiki untuk menjadikan ianya lebih sempurna dan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Konsep adalah sama iaitu sentiasa berfikiran positif yang menjadi ubat kepada KEJAYAAN.
Semoga berjaya menyelesaikan segala masalah dengan berfikiran POSITIF!


 Petua Kejayaan:
1. SETIAP INSAN YANG HIDUP MEMPUNYAI  MASALAH
Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. SETIAP MASALAH MEMPUNYAI JANGKA MASA YANG TERHAD
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
3. SETIAP MASALAH HARUS MEMPUNYAI PENGARUH POSITIF
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4.  KORANG BOLEH BUAT PILIHAN UNTUK MENGAWAL MASALAH
Masalah boleh membuat korang lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat korang hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri korang.
5. SETIAP MASALAH MEMPUNYAI TINDAK BALAS YANG NEGATIF DAN POSITIF
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama.
Pendek kata “Sekiranya korang tidak dapat selesaikan masalah, maka korang harus mengendalikannya”.


 JUMPA LAGI~


My Great Web page

Song~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wanna be